Pilih menu di bawah untuk pintasan ke menu yang lain.

 

Raub adalah salah sebuah dari 6 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada 7 buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Ia juga mempunyai 37 buah kampung tradisional dan 9 buah kampong baru China. Berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% dari keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua banjaran, iaitu Banjaran Utama dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5F dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak antara Raub dan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke pekan kecil ini melalui lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Perkataan Raub dalam Bahasa Malaysia bermaksud genggam. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraub emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya, "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raub) of gold" (hlm. 36).

Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961.

Kaedah perlombongan yang dijalankan di daerah Raub adalah kaedah bawah tanah ( shaft mining) dan ia dimulakan di Lubang Raub (Raub Hole). Daerah yang terlibat dengan perlombongan emas ialah Bukit Koman dan dipercayai perlombongan telah meliputi kawasan bawah tanah hingga ke bandar Raub. Kawasan bawah tanah antara pekan Bukit Koman dan bandar Raub adalah berlubang dan ini meninggalkan kesan yang buruk kepada pembangunan fizikal bandar. Hingga kini Raub tidak boleh mendirikan bangunan-bangunan tinggi.

Kegiatan perlombongan emas telah meninggalkan warisan sejarah yang berharga untuk daerah Raub. Kebanyakan nama jalan-jalan utama bandar Raub sebelum 1980-an adalah sempena nama pengurus lombong RAGM. Misalnya jalan Bibby Road, sempena nama pengurus pertama, William Bibby dan Mason Road yang juga sempena nama salah seorang pengurus lombong zaman berkenaan.

Kemajuan perlombongan juga menyebabkan bandar Bukit Koman kawasan di mana RAGM beroperasi menjadi terkenal dan mendapat jolokan "Ibu Emas Malaysia". Ia seolah-olah menjadi pusat pelancungan daerah Raub. Ramai pelawat-pelawat asing dari England, Singapura dan beberapa negara lain mengunjungi bandar ini dengan tujuan untuk melihat sendiri kegiatan perlombongan emas. Bandar Bukit Koman juga menikmati pelbagai kemudahan selepas R.A.G.M. memulakan kegiatan. Antaranya jalanraya yang menghubungkan bandar Bukit Koman dengan daerah Raub dan dengan Kuala Lumpur, rumah sembelih binatang, kedai, bekalan letrik dan berek tempat tinggal untuk para pekerja dan sebuah sekolah rendah berpengantar bahasa Cina, Yuh Hwa yang dibina pada 1907. Ia disifatkan sebagai sekolah kebangsaan Cina kedua tertua di Malaysia.

Ancaman Komunis di semenanjung dan khususnya di daerah Raub pada tahun-tahun 40-an menyebabkan langkah-langkah diambil untuk mendirikan penempatan-penempatan baru. Hasilnya muncul kampung-kampung baru yang kekal hingga ke hari ini. . Kampung-kampung baru tersebut ialah Cheroh (1948), Sang Lee (1948), Sungai Ruan (1948), Sungai Chetang (1948), Bukit Koman (1949), Sempalit (1950), Sungai Lui (1950), Tras (1950) dan Sungai Klau (1960).

Bagi anda yang berminat untuk melawat pekan kecil ini, di bawah disenaraikan kawasan pusat peranginan, penginapan, restoran dan kemudahan pengangkutan yang tersedia di Raub. Selamat melawat Raub,

PUSAT PERANGINAN

Jeram Besu
Jeram Busu terletak 30 kilometer dari daerah Raub dan hari ini ia terkenal sebagai kawasn berakit paling popular.

Lata Jarum
Lata Jarum juga merupakan sebuah kawasan berkelah yang terkenal dan ia berlokasi di Kampong Ulu Dong sebuah pekan yang terletak antara jalan Raub - Lipis. Kawasan ini boleh dihubungi melalui kereta dengan menggunakan jalan kampung sejauh 20 kilometer. Pemandangan aliran air di Lata Jarum pasti menambat hati para pengunjung.

KEMUDAHAAN PENGINAPAN

Raub Rest House
Jalan Dato' Abdullah, 27600 Raub
Tel : 09 - 355 9668 ( RM 120.00 - RM 200.00 - 30% diskaun staff kerajaan)

Seri Raub Hotel
No. 1, Jalan Dato' Abdullah, 27600 Raub
Tel : 09-355 0888, Fax : 09-355 9837
Rooms : 15 ( RM 99.80 - RM 168.00)

Ti-Wang Hotel Sdn. Bhd.
62-63, Taman Raub Jaya, Jalan Tras, 27600 Raub
Tel : 09 - 355 2101/ 355 2102 / 355 4573
Rooms : 41 (RM 35.70 - RM 126.00)

Raub Hotel,
57-58 Jalan Lipis, 27600 Raub
Tel : 609-355 1288
Rooms : 24 (RM 35.00)

Fei Chun Hotel,
3rd & 4th Floors, 112 & 113 Jalan Lipis, 27600 Raub
Tel : 09 - 355 1327
Rooms : 14 (RM 20 - RM 40 shared bathroom)  

Woon Yoong Hotel,
13, 1st & 2nd Floors, Jalan Dato' Abdullah, 27600 Raub
Tel : 09 - 355 1214
Rooms : 18 (RM 35 - RM 40 shared bathroom)  

Central Hotel,
24 Jalan Mason, 27600 Raub
Tel : 09 - 355 3529
Rooms : 13

Heng Lee Hotel,
26 Jalan Dato' Abdullah, 27600 Raub
Tel : 09 - 355 1053
Rooms : 6

Chong Heng Hotel,
27 Jalan Dato' Abdullah, 27600 Raub
Tel : 09 - 355 1160
Rooms : 6

Zally Hotel, 38 Jalan Dato' Abdullah, 27600 Raub
Tel : 09 - 355 2907, Fax: 609 - 355 9837
Rooms : 5

RESTORAN

Sabar Restaurant
8, LKNP Building, Jalan Tengku Kudin, 27600 Raub
Waktu Perniagaan : 8.00 am - 5.00pm
Cuisine : Malaysian

Kyodo Restaurant
1, Jalan Dato' Abdullah, 27600 Raub
Waktu Perniagaan : 5.00am - 4.00pm
Cuisine : Chinese / Malay

Ratha Restaurant
82, Jalan Tun Razak, 27600 Raub
Waktu Perniagaan : 6.30am-9.00pm
Cuisine: Indian / Malay / Chicken Curry / Fish Head Curry

Rokiah Satay
1, LKNP Building, Jalan Tengku Kudin, 27600 Raub
Waktu Perniagaan : 5.00pm - 12.00 am
Cuisine: Chinese / Malay

Chicken Curry Restaurant
7, Jalan Dato' Abdullah, 27600 Raub
Tel : 09 - 355 6933
Waktu Perniagaan : 7.00am - 9.00pm
Cuisine: Indian / Malay / Chicken Curry

Pacific Coffee House
Ti-Wang Hotel, 62-63, Taman Raub Jaya, Jalan Tras, 27600 Raub
Tel : 09 - 355 2101 / 355 2102 / 355 4557 / 355 4573
Cuisine : Chinese

Ah Tok Restaurant
Jalan Dato' Abdullah, 27600 Raub
Tel : 09 - 355 6128
Cuisine : Western

Rest House Restaurant
Raub Rest House, Jalan Dato' Abdullah, 27600 Raub
Tel : 09 - 355 5230
Cuisine : Local / Malay / Thailand

Kentucky Fried Chicken
32, Bandar Raub Perdana, Jalan Lipis, 27600 Raub
Cuisine : Fast food

GEDUNG BELI BELAH

Tong Fatt Emporium

AGENSI PELANCONGAN

Rawangan (M) Sdn. Bhd.
43, Jalan Tun Razak, 27600 Raub.
Tel : 09 - 3561080

PENGANGKUTAN

Central Bus & Co. Pahang Lin Siong

Transnasional Express Sdn. Bhd.
117A, Bangunan LKNP, 27200 Kuala Lipis,
Tel : 09 - 355 1020 (Terminal Bas Raub)

Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi Raub
27600 Raub
Tel : 09 - 355 1845